10 Tips Persediaan Menghadapi Musim Banjir ~ Media Pantas

Friday, June 3, 2022

10 Tips Persediaan Menghadapi Musim Banjir

Setiap tahun kita akan menghadapi musim banjir. Kebiasaannya negeri di pantai timur, johor, sabah dan sarawak yang teruk terjejas. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) juga telah mengenal pasti 1,848 kawasan berisiko banjir di seluruh negara. Rujuk disini

Kebiasaannya bila tiba musim banjir kita akan menghadapi masalah seperti;

  • Masalah bekalan elektrik terputus.
  • Masalah bekalan air bersih terputus.
  • Bekalan makanan terputus.
  • Bantuan penyelamat lambat sampai.
  • Pusat perpindahan penuh.

Sebenarnya ada banyak lagi masalah yang akan kita hadapi ketika musim banjir. Adalah lebih baik jika kita membuat persediaan awal untuk menghadapi musim tengkujuh.

Pastikan anda sentiasa peka dengan hebahan info banjir dari pihak berkuasa dan dapatkan info terkini dari media sosial seperti Facebook dan lain-lain lagi.

Berikut adalah 10 tips persediaan menghadapi musim banjir

  1. Dapatkan info terkini banjir dikawasan kediaman anda.
  2. Simpan dokumen penting ditempat yang selamat atau letak didalam Tupperware kedap udara agar tidak dibasahi air.
  3. Simpan nombor telefon agensi penyelamat seperti bomba, jabatan pertahanan awam dan polis.
  4. Bawa bersama ubat seperti Panadol atau kit bantuan kecemasan.
  5. Bawa pakaian dan selimut untuk persediaan tinggal dipusat perpindahan banjir.
  6. Bawa makanan dan minuman untuk persediaan sekiranya bantuan lambat tiba.
  7. Bawa powerbank untuk caj handphone.
  8. Bawa lampu suluh.
  9. Tutup semua suis elektrik.
  10. Letak perabot dan peralatan elektrik ditempat yang tinggi.

Pergi ke pusat perpindahan banjir apabila diarahkan dan sebaiknya bergerak pada waktu siang kerana pihak penyelamat akan mudah nampak anda didalam banjir. Jika keadaan buruk, tunggu hingga bantuan penyelamat tiba di tempat yang tinggi.

Pastikan anda patuh arahan dari pihak berkuasa.

Kredit : Abu Munzir | Sukses Niaga | Brojay

0 comments:

Post a Comment