2022 ~ Media Pantas

Monday, June 27, 2022

Susah nak happy sebab badan berbau?

Bau badan yang berbau antara halangan untuk kita tampil yakin, lebih-lebih lagi bila kerja yang perlu berjumpa ramai orang.

Bila buat kerja berat pula, badan terus basah dengan peluh walaupun buat baru sekejap.

Badan terus tak selesa sebab melekit, dan berbau nak buat kerja tak boleh fokus.

Pernah kena tegur dengan rakan sekerja, perasaan malu tuhan saja tahu, terus hilang keyakinan.

Pernah juga terdengar rakan sekerja berbisik antara satu sama lain sambil pandang-pandang.

Perasan rakan sekerja seakan menjauh.

Hilang mood nak pergi kerja.

Sebenarnya banyak punca kepada masalah bau badan.

Antaranya sebab berat badan berlebihan, pengambilan ubat-ubatan, dan lain-lain punca lagi.

Cara yang boleh digunakan untuk menghilangkan masalah bau badan adalah terus jumpa doktor untuk mengesan punca sebenar.

Ikhtiar lain boleh melalui penggunaan alat mandian seperti sabun mandi, skrub.

Cari produk yang berasaskan arang buluh aktif.

Antara manfaat arang buluh aktif adalah

1. Merawat Kulit berjerawat

Arang buluh mampu merawat kulit, seperti untuk menangani jerawat.

Sebabnya bahan aktif di dalamnya mampu menarik partikel yang sangat kecil, seperti kotoran, debu, zat kimia, racun dan bakteri ke permukaan kulit, baik dalam bentuk masker maupun pembersih muka.

2. Mengatasi bau badan

Zat aktif arang buluh aktif dapat menyerap bau dan aroma tak sedap, salah satu nya di area ketiak.

Arang aktif juga disebutkan mampu mengendalikan kelembapan area di sekitarnya hingga ke level terkecil.

3. Mengatasi jangkitan penyakit kulit

Arang aktif juga dipercaya boleh mengatasi jangkitan penyakit kulit kerana memiliki bahan antibakteria dengan menyerap fungus dan bakteria berbahaya dari luka.

Salah satu produk Black G iaitu Soap & Scrub Black G adalah berasaskan arang buluh aktif.

Skrub ini juga berasaskan ekstrak kunyit hitam yang anti obesiti membantu mengurangkan masalah bau badan kerana berat berlebihan.

Info lanjut klik di sini>> http://bisnes.link/blackg



Friday, June 3, 2022

10 Tips Persediaan Menghadapi Musim Banjir

Setiap tahun kita akan menghadapi musim banjir. Kebiasaannya negeri di pantai timur, johor, sabah dan sarawak yang teruk terjejas. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) juga telah mengenal pasti 1,848 kawasan berisiko banjir di seluruh negara. Rujuk disini

Kebiasaannya bila tiba musim banjir kita akan menghadapi masalah seperti;

  • Masalah bekalan elektrik terputus.
  • Masalah bekalan air bersih terputus.
  • Bekalan makanan terputus.
  • Bantuan penyelamat lambat sampai.
  • Pusat perpindahan penuh.

Sebenarnya ada banyak lagi masalah yang akan kita hadapi ketika musim banjir. Adalah lebih baik jika kita membuat persediaan awal untuk menghadapi musim tengkujuh.

Pastikan anda sentiasa peka dengan hebahan info banjir dari pihak berkuasa dan dapatkan info terkini dari media sosial seperti Facebook dan lain-lain lagi.

Berikut adalah 10 tips persediaan menghadapi musim banjir

  1. Dapatkan info terkini banjir dikawasan kediaman anda.
  2. Simpan dokumen penting ditempat yang selamat atau letak didalam Tupperware kedap udara agar tidak dibasahi air.
  3. Simpan nombor telefon agensi penyelamat seperti bomba, jabatan pertahanan awam dan polis.
  4. Bawa bersama ubat seperti Panadol atau kit bantuan kecemasan.
  5. Bawa pakaian dan selimut untuk persediaan tinggal dipusat perpindahan banjir.
  6. Bawa makanan dan minuman untuk persediaan sekiranya bantuan lambat tiba.
  7. Bawa powerbank untuk caj handphone.
  8. Bawa lampu suluh.
  9. Tutup semua suis elektrik.
  10. Letak perabot dan peralatan elektrik ditempat yang tinggi.

Pergi ke pusat perpindahan banjir apabila diarahkan dan sebaiknya bergerak pada waktu siang kerana pihak penyelamat akan mudah nampak anda didalam banjir. Jika keadaan buruk, tunggu hingga bantuan penyelamat tiba di tempat yang tinggi.

Pastikan anda patuh arahan dari pihak berkuasa.

Kredit : Abu Munzir | Sukses Niaga | Brojay

5 Kesilapan Terbesar Setiap Kali Anda Cuba Turunkan Berat Badan

9/10 daripada orang yang melakukan kesilapan ini terbukti GAGAL turunkan berat badan - malah berat badan mereka semakin bertambah-tambah tanpa disedari!

Setiap orang yang "berisi" mempunyai impian untuk menguruskan berat badan dan kekal fit sama ada untuk tujuan kesihatan mereka atau untuk membuatkan orang selesa mendekati mereka mahupun untuk menjadi lebih yakin dengan penampilan sendiri.

Satu perasaan yang sangat indah jika anda berjumpa dengan orang lain dan mereka mula memuji-muji fizikal anda, mulai senyum pada anda di mana-mana sahaja dan mula memberikan perhatian kepada anda.

Dengan impian dan perasaan hebat ini, anda mula mencari-cari cara terbaik untuk turunkan berat badan di internet. Terdapat macam-macam cara yang boleh dilakukan - ada yang senang, ada yang susah - ada yang murah dan ada yang mahal. Semuanya pilihan anda!

Jika mahu cara paling mudah, anda boleh mulakannya dengan berdiet dan mengawal selera makan anda. Cuma pastinya terlalu banyak dugaan sekeliling yang boleh memusnahkan pelan diet anda dan menjadikan berat badan makin bertambah.

Jika anda mahukan cara biasa, anda boleh mula bersenam sama ada di rumah, di taman-taman mahupun di gym. Tapi ia perlukan disiplin diri yang mantap. Sikap malas dan kurang bermotivasi mampu menghalangnya selain terpaksa tahan sakit akibat workout yang melampau dan terpaksa alami keletihan yang melampau.

Jika mahu cara yang paling mudah, ada banyak pil yang dijual di marketplace online untuk anda turunkan berat badan. Ia memang boleh turunkan berat badan tapi anda terpaksa berulang-alik ke bilik air dan kadangkala ia mampu tingkatkan selera makan anda. Inilah punca kenapa berat badan tiba-tiba bertambah!

Ya, banyak tips yang kita baca di internet tapi tak semestinya tips-tips ini berkesan dan sesuai dengan badan kita. Malah ada juga tips yang diberikan sekadar tips mengarut yang tidak membantu pun untuk turunkan berat badan anda. Inilah antara kesilapan utama yang kita lakukan merosakkan impian untuk turunkan berat badan!

Ini antara 5 kesilapan lain yang turut menyebabkan anda gagal untuk menurunkan berat badan walaupun sudah berusaha mati-matian

  1. Sentiasa timbang berat badan setiap hari untuk lihat perubahan segera dan hilang motivasi bila lihat tiada perubahan. Berat badan anda berbeza setiap hari mengikut jumlah makanan dan minuman yang anda ambil. Timbang berat sekali seminggu untuk lihat hasil sebenar.
  2. Makan terlalu banyak atau terlalu kurang kalori setiap hari. Makan banyak kalori akan menyebabkan anda lebih gemuk dan makan kurang kalori pula menyebabkan jisim otot berkurangan dan ia turut kurangkan tahap metabolisma badan.
  3. Tidak bersenam atau melakukan senaman yang berlebihan. Kurang bersenam menyebabkan anda hilang banyak jisim otot serta kurangkan tahap metabolisma dalam badan anda. Terlebih bersenam pula mampu menyebabkan kecederaan kepada badan anda.
  4. Tidak makan jumlah protein yang mencukupi setiap hari. Protein sangat penting jika anda mahu turunkan berat badan dan jika boleh ambil makanan yang kaya dengan protein setiap hari.
  5. Makan terlalu kerap walaupun perut anda tidak berasa lapar. Pemakanan yang kerap ini secara tak langsung mampu meningkatkan jumlah kalori dalam badan anda dan mampu naikkan berat badan anda.

Sebenarnya untuk turunkan berat badan tidaklah serumit mana. Anda hanya perlu tahu kondisi badan anda sendiri, BMI tubuh badan anda, peratusan lemak dalam badan anda dan seterusnya tahu berapa kalori yang perlu anda dapatkan setiap hari untuk turunkan berat badan.

DAN.. Anda juga perlu tahu cara diet dan workout yang sesuai dengan badan & matlamat anda!

"Nak belajar lebih lanjut tentang cara sebenar yang terbukti berkesan turunkan berat badan anda?"

Ada satu cara TERBAIK yang berjaya membantu rakan saya turunkan berat badan sehingga 25kg dalam masa hanya 5 bulan dan terus kekal fit sehingga hari ini tanpa perlu membayar yuran bulanan gym mahupun membeli sebarang ubat-ubatan yang bakal memudaratkan badan. Semua ini dikongsikan dalam sebuah ebook yang bertajuk "Formula Kurus"

E-book "Formula Kurus" ini pasti dapat membantu anda menguruskan badan dengan lebih mudah, pantas dan berkesan serta terbukti selamat. Ebook yang ditulis oleh Nazreen Nasser ini adalah hasil daripada pengalamannya sendiri kuruskan badan dari kosong sampai mampu turunkan lebih 25kg dalam masa 5 bulan dan terus kekal fit sampai sekarang.

Antara ilmu yang bakal anda pelajari daripada ebook ini ialah:

  • Teknik MALAS bagaimana anda mampu kuruskan badan dengan lebih bijak, mudah & pantas tanpa sebarang supplement merbahaya.
  • Penerangan lengkap tentang cara SEBENAR mengira kadar kalori yang badan anda perlukan, BMR (Basal metabolic rate) dan kadar peratusan lemak dalam badan.
  • 5 faktor PENTING yang menjadi penentu dan pendorong kepada keberkesanan penurunan berat badan anda.
  • Formula diet MUDAH beserta pelan diet 14 hari yang terbukti berkesan menurunkan berat badan anda.
  • Formula senaman TERBAIK beserta cara senaman dilakukan yang mampu membantu anda membakar lemak dengan lebih cepat & menurunkan berat badan dengan lebih berkesan.
  • Amalan RAHSIA lengkap untuk kekal cantik & sihat menurut Islam.

Lupakan sahaja apa yang pernah anda belajar dan tahu tentang cara turunkan badan dan mula lihat perubahan berat yang semakin turun secara konsisten serta terus kekal fit setelah anda amalkan ilmu yang dikongsikan dalam ebook ini.

Bayangkanlah betapa banyaknya mata yang akan mula memandang dan mengambil peduli kehadiran anda setelah fizikal anda menjadi lebih fit, sihat dan menawan setelah anda konsisten melakukan apa yang ditunjukkan dalam ebook ini.

Semuanya ditangan anda jika anda benar-benar mahu berubah dan mula turunkan berat badan anda dengan lebih mudah dan berkesan tanpa sebarang kesan sampingan!

Kredit : Abu Munzir | Sukses Niaga | Brojay

Ini Cara Mudah Kira Kos & Letak Harga Makanan Yang Anda Jual!

Patutlah selama ini keuntungan bisnes saya hanya sedikit walaupun jualan makanan saya sentiasa sold out setiap hari!

Antara faktor kritikal yang menentukan keuntungan sesuatu bisnes adalah dengan penetapan harga yang "betul".

Ada orang kata, untuk dapat untung besar kita kena letak harga yang tinggi berganda-ganda berbanding kos jualan. Tapi hakikatnya, ada ke orang nak beli makanan yang mahal jika target market adalah orang biasa?

Ada memang ada, cuma tak ramai. Di tambah dengan keadaan poket rakyat marhaen seperti kita ini semakin menipis, membeli makanan mahal bukanlah satu pilihan terbaik.

Penyelesaiannya ialah anda perlu letakkan harga yang sesuai untuk makanan yang dijual setelah ditolak dengan kos yang dikeluarkan bagi menyiapkan makanan tersebut. Inilah yang dimaksudkan dengan harga yang "betul".

Jadi, bagaimana caranya formula untuk meletakkan harga yang betul?

Perkara pertama anda perlu tahu adalah berapakah kos yang anda keluarkan untuk siapkan seunit (sebungkus/sebekas) makanan.

Sebagai contoh kos bahan untuk hasilkan 30 kotak Spaghetti Bolognese Daging seperti berikut:

Jadi anggaran untuk sediakan 30 kotak Spaghetti ini ialah sekitar RM50 dan kos sekotak Spaghetti ini pula lebih kurang RM 1.70 (RM50/30)

Untuk menetapkan harga jualan pula, cara mudah ialah dengan darabkan kos sekotak Spaghetti tadi kepada "3" (Kos-kos tersembunyi dan sebagainya)

Harga jualan anda ialah :

RM 1.70 x 3 = RM5.10

Untuk memudahkan anda mengira duit tanpa perlu bawa duit syiling, letakkan sahaja harga RM5 sekotak.

Keuntungan kasar yang bakal anda perolehi ialah:

[Jumlah Jualan 30 Box] - [Kos Bahan]

[RM5 x 30 box] - [RM50] = RM100

Maka keuntungan kasar yang bakal anda perolehi untuk 30 kotak Spaghetti ini adalah sebanyak RM100!

Dan anda boleh pelbagaikan add-on dalam menu seperti tambah meatball dan sebagainya untuk meningkatkan lagi keuntungan jualan anda.

Jadi inilah antara formula terbaik yang boleh anda ikut untuk menetapkan harga makanan. Yang paling penting, ANDA UNTUNG - PEMBELI UNTUNG dan semua orang tersenyum riang!

Nak belajar lebih lanjut tentang bisnes food delivery?

Kredit : Abu Munzir | Sukses Niaga | Brojay

Nak Merasa Buat Duit 4 Angka Sebulan Dengan Hanya Menjual Produk Dropship Di Shopee?

Kini anda boleh menjana keuntungan lumayan yang konsisten setiap bulan hanya dengan menjual produk dropship di Shopee!

Pernahkah anda bayangkan rutin harian sebegini…

Setiap pagi anda bangun, anda melihat banyak order yang masuk di akaun Shopee anda.

Anda hanya perlu memproses order tersebut di laman web pihak dropshipper dan pihak dropshipper akan bungkus serta menghantar order tersebut kepada para pembeli anda.

Dan anda hanya melihat duit masuk selepas pembeli menerima produk yang telah dibeli.

Rutin harian ini berulang-ulang tanpa henti setiap hari malahan order yang anda terima mungkin menjadi lebih kerap dari setiap pagi ke setiap jam ke setiap minit.

Fuh!… Memang indah jika ianya menjadi satu kenyataan!

Ini kerana anda tidak perlu mencipta produk sendiri mahupun memegang stok serta tidak perlu pening kepala memikirkan kos pengiklanan mahupun penghantaran produk.

Semuanya dihujung jari anda tanpa mengorbankan masa dan wang yang banyak.

Inilah rutin harian yang diamalkan oleh pembaca-pembaca ebook eksklusif "Bisnes Shopee" yang telah berjaya menjana minimum 4 angka sebulan dengan menjual produk orang lain di Shopee!

Pada awalnya mereka juga tidak percaya dan ragu-ragu untuk mencuba menjual di Shopee kerana kekangan modal yang semakin terhad di era COVID-19 ini.

Tapi akhirnya mereka kini tersenyum lebar bila melihat rutin harian mereka berubah lebih baik dan jumlah keuntungan semakin hari semakin banyak.

Anda juga boleh melakukannya!

Hanya perlu dapatkan Ebook Panduan Bisnes Shopee sahaja. Klik button dibawah sekarang untuk info selanjutnya.

Kredit : Abu Munzir | Sukses Niaga | Brojay

Ini Cara Tingkatkan Jualan Di Kedai Makan Sewaktu Zaman Covid-19

Sebelum COVID-19 melanda, memang ramai pengunjung datang ke kedai anda.

Satu family datang makan di kedai anda…

Golongan student dan golongan pekerja yang datang makan tengahari beramai-ramai. Memang meriah!

Tapi kedatangan COVID-19 yang tak diundang ini mengubah segalanya…

Jumlah pengunjung yang datang ke kedai/gerai semakin hari semakin berkurang. Tiada lagi family sekeluarga yang datang dan makan beramai-ramai di kedai lagi.

Penutupan pejabat dan juga kolej menyebabkan tiada golongan pekerja atau student yang datang ke kedai lagi.

Ditambah dengan SOP yang ketat, kalau buka kedai pun, hasil jualan tak seperti dulu.

Ada 2 solusi yang biasa dilakukan untuk atasi masalah ini terutamanya pada musim COVID-19 iaitu:

  1. Sertai platform delivery makanan seperti FoodPanda, Grabfood dan sebagainya.
  2. Bina sistem web sendiri yang boleh ambil order secara online.

Jika anda seorang pengusaha makanan kecil-kecilan, menyertai platform makanan seperti FoodPanda sebenarnya mungkin kurang berbaloi untuk anda.

Ini kerana caj komisyen yang dikenakan untuk setiap order agak tinggi, iaitu sehingga 35%.

Lebih buruk lagi, anda langsung tidak akan dapat info maklumat pembeli.

Maklumat pembeli akan disimpan dan disorokkan oleh pemilik platform FoodPanda. Lebih malang lagi, anda perlu menunggu antara 7-10 hari untuk menerima wang bayaran tersebut masuk ke akaun anda.

Ianya akan menganggu aliran tunai perniagaan anda!

Satu option terbaik adalah dengan membina sendiri website untuk kedai anda. Selain hasil jualan 100% jadi milik anda, anda juga boleh simpan maklumat pelanggan anda.

Dengan maklumat ini, anda boleh gunakan ia untuk aktiviti pemasaran di masa hadapan!

Tambahan lagi, tiada lagi masalah terpaksa menunggu berminggu-minggu untuk duit yang dibayar pelanggan masuk ke akaun anda!

Disebabkan website tersebut milik anda maka, apabila pelanggan bayar duit akan masuk terus ke akaun anda!

Selamat.. ianya tidak akan mengganggu cash flow bisnes anda lagi!

Cuma, yang mungkin menjadi sedikit masalah….

Bagaimana mahu membina website tersebut dan berapa kosnya?

Hah! Ini ada berita baik!

Sebenarnya, anda boleh membina website untuk kedai anda secara PERCUMA sahaja!

Cara nak buat pun, sebenarnya agak mudah!

Setup sekali je.. lepastu cuma tunggu order masuk je setiap hari!

Macam mana nak buat tu?

Klik link ni untuk mengetahui lebih lanjut

Kredit : Abu Munzir | Sukses Niaga | Brojay

5 Cara Terbaik Untuk Mengajar Anak Anda Menghafal Sifir Dengan Lebih Mudah Dan Berkesan Di Rumah

Kini anda mampu mendorong anak anda untuk menghafal sifir serta menguasai Matematik dengan lebih mudah tanpa sebarang paksaan!

Mengajar anak anda menghafal sifir di rumah merupakan satu tugasan yang sangat mencabar kerana banyak karenah yang ditunjukkan oleh mereka membuatkan kita berasa tercabar dan serba salah.

Kebiasaannya, tugasan mengajar anak anda mengafal sifir ini di bimbing oleh para guru di sekolah kerana mereka mempunyai cara pembelajaran yang berkesan serta latihan-latihan khas untuk membimbing anak anda menghafal sifir. Tapi musim COVID-19 ini menghalang para guru untuk mengajar mereka kerana semua pembelajaran dilakukan secara PDPR.

Masih ingat tak semasa zaman sekolah anda dulu.. ?

Jika anda tidak dapat menjawab soalan-soalan sifir dan tidak menghafalnya, anda kena berdiri di atas kerusi sampailah habis kelas. Ini mendorong anda untuk menghafal sifir kerana takut di denda para guru.

Tapi pada hari ini, cara pembelajaran sebegitu agak kurang sesuai digunakan terutamanya di rumah. Ini kerana kita mudah untuk berasa kasihan terhadap anak-anak kita. Kita hanya perlukan teknik atau cara pembelajaran yang betul untuk mendorong mereka mula menghafal sifir dengan lebih lancar.

"Jadi bagaimana nak mengajar anak menghafal sifir di rumah tanpa mengguris perasaan mereka dan tanpa sebarang paksaan?"

Ini antara 5 cara TERBAIK yang boleh anda lakukan untuk mengajar serta mendorong anak-anak anda menghafal sifir dengan lebih lancar di rumah:

#1 - Gantungkan Jadual Sifir Di Rumah/Di Bilik Tidur Anak Anda

Cara ini merupakan cara lama tapi masih lagi terbukti berkesan. Anda boleh download jadual sifir di internet, printkan dan tampalkannya di tempat-tempat yang mudah mereka nampak agar mereka dapat menghafalnya tanpa sebarang masalah. Semakin kerap mereka melihat jadual sifir ini, semakin tinggi kemungkinan mereka akan menghafalnya.

#2 - Pastikan Anak Anda Belajar Langkah Demi Langkah

Untuk membina rumah, anda perlu membina asas yang kukuh agar tak mudah runtuh. Sama juga seperti menghafal sifir, anda perlu ajar anak anda hafal sifir bermula dengan asasnya dan sifir yang sukar seperti sifir 7, 8 dan 12 dibiarkan kemudian. Ini mampu membina keyakinan anak anda untuk hafal sifir dengan lebih lancar & berkesan.

#3 - Tunjukkan Beberapa Muslihat/Trik Matematik

Perkara yang paling menarik tentang Matematik ini ialah ia penuh dengan teknik dan trik untuk mudahkan anak anda menghafal sifir. Antara trik yang biasa digunakan ialah dengan menggunakan jari jemari untuk menjawab persoalan berkenaan dengan sifir. Ini mampu mendorong anak anda pelajari teknik hafal sifir dengan lebih mudah.

#4 - Mendengar Lagu-Lagu Hafal Sifir Yang Menarik

Kaedah terbaik sebagai permulaan untuk menarik minat anak anda menghafal sifir adalah dengan mendengar lagu-lagu sifir yang menarik. Anda boleh lihat video-video dari channel Youtuber terkenal Mr.DeMaio yang menggunakan lagu-lagu terkini dan mengubah suai liriknya untuk membolehkan anak anda mengikutinya dan memudahkan mereka menghafal sifir bersama-sama.

YouTube - https://www.youtube.com/c/MrDeMaio7

#5 - Sentiasa Bertanyakan Soalan Sifir Kepada Mereka

Setelah anda menggantung jadual sifir di rumah atau di bilik anak anda, inilah masa terbaik untuk menguji sama ada mereka mampu menjawab soalan sifir atau tidak. Tanyakan sahaja pada bila-bila masa yang sesuai dengan nada biasa agar mereka tidak tertekan. Dan jangan lupa memberikan ganjaran kepada mereka setiap kali mereka berjaya hafal sifir.

Selain dalam list di atas, teknik menghafal sifir dengan "Flashcard" juga merupakan cara yang paling berkesan serta paling sesuai untuk kita gunakan untuk mendorong anak kita menghafal sifir dengan lebih mudah dan pantas.

Salah satu teknik "FlashCard" yang paling berkesan ialah dengan teknik Flashcard "Gaya MathMedic" yang diajar oleh Encik Osman Affan, di mana anak-anak anda mampu menghafal sifir dengan lebih berkesan dalam tempoh kurang daripada 14 hari tanpa sebarang masalah.

Teknik flashcard Gaya MathMedic ini mempunyai 14 modul eksklusif yang mampu membantu anda mengajar anak anda menghafal sifir dengan lebih berkesan.

Dengan teknik ini, anak anda pasti mampu menghafal sifir dan seterusnya mengusai Matematik dengan lebih mudah dan pantas TANPA sebarang halangan.

Jom belajar cara menghafal sifirGaya MathMedicyang mampu membantu anak-anak anda menghafal sifir dengan lebih lancar, mudah dan pantas dalam 14 hari sahaja! SILA KLIK DI SINI

Kredit : Abu Munzir | Sukses Niaga | Brojay

5 Sebab Mengapa Anak Anda Sukar Untuk Menghafal Sifir

Sudah menjadi satu kerisauan kepada para ibu bapa apabila usia anak-anak anda semakin meningkat tetapi masih tidak mampu untuk menghafal sifir. Ini kerana menghafal sifir adalah asas penting yang diperlukan untuk menguasai Matematik.

Jika anak anda masih gagal untuk menghafal sifir walaupun rakan-rakan mereka sudah berjaya menghafalnya dengan mudah, adakah ini bermakna anak-anak anda kurang bijak ataupun ada sebarang penyakit yang menyukarkan mereka untuk menghafal sifir dengan lancar?

Rileks, ia bukanlah seperti apa yang anda fikirkan. Setiap orang ada keistimewaannya dan cara pemahaman tersendiri dalam menghafal sifir. Anda cuma perlu tahu sebab mengapa mereka tidak berjaya hafal sifir dan ketahui teknik yang berkesan untuk menghafalnya.

Anda perlu melakukan sesuatu untuk memastikan mereka mampu menghafal sifir agar mereka tidak ketinggalan dalam pelajaran.

Berikut antara 5 sebab mengapa anak-anak anda sukar untuk menghafal sifir :

#1 - Tidak Belajar Asas Sifir

Kurikulum pelajar pada hari ini adalah sangat padat dan dipenuhi dengan topik-topik baru. Para guru selalunya terpaksa mengajar sedikit sahaja tentang asas menghafal sifir dan Matematik kerana risau mereka tidak cukup masa untuk mengejar tajuk-tajuk Matematik yang lain sebelum peperiksaan bermula.

#2 - Belajar Menghafal Sifir mengikut Turutan Yang Salah

Semua menyangka bahawa perlu untuk mengajar mereka menghafal sifir mengikut turutan sifir 1,2,3 dan seterusnya, tapi sebenarnya ada cara yang lebih baik. Anda perlu membimbing mereka dengan cara lebih strategik untuk hafal sifir - dimulakan dengan sifir 1, 2, 10, 5, 4, 3, 6, 9, 7, 8.

Ia mampu membina keyakinan dalam diri pelajar untuk menghafal sifir kerana ianya bermula dengan sifir yang paling mudah dan berperingkat kepada sifir yang lebih sukar.

#3 - Kesilapan Dalam Teknik & Strategi Menghafal

Kita tahu bahawa strategi matematik adalah sangat penting untuk pendaraban. Tapi jika kita menghafal sifir tanpa strategi yang betul dan berkesan, ramai pelajar terpaksa bergelut untuk menghafal sifir. Berikan masa yang cukup untuk anak anda memahami sifir terlebih dahulu sebelum menyuruh mereka menghafalnya.

#4 - Kurang Memahami "Commutative Property"

Kebiasaannya, para pelajar akan melihat nombor pertama sebelum mampu menjawab soalan berkaitan dengan sifir. Sebagai contoh untuk sifir 7, 7x4 mungkin kelihatan agak susah untuk dijawab pada awalnya kerana 7 itu nombor besar. Anak anda hanya perlu mengubahnya menjadi 4x7 untuk memudahkan mereka menjawab soalan sifir ini.

#5 - Tidak Melihat Perkaitan Antara Sifir

Jadual sifir darab adalah berkaitan antara satu dengan yang lain. Anda boleh gunakan apa sahaja yang tahu untuk menyelesaikan setiap persoalan. Ramai lihat 5x6 dan 6x6 adalah dalam jadual sifir yang berbeza, tapi realitinya 6x6 adalah kumpulan yang sama dengan 5x6 - hanya perlu tambah 6 untuk mendapatkan nilainya.

Anak anda mempunyai kebolehan yang unik dan sangat memerlukan cara terbaik dan terbukti berkesan untuk mendorong mereka menghafal sifir dengan lebih lancar. Jika mereka mula menguasainya dengan cara yang betul, pasti tiada masalah pada masa depan.

Teknik yang paling berkesan untuk mendorong mereka menghafal sifir di rumah ialah dengan menggunakan teknik Flash Card dengan "Gaya MathMedic" yang diperkenalkan oleh Encik Osman Affan, seorang trainer yang mengajar cara untuk menguasai Matematik dengan mudah.

Dengan teknik hafal sifir "Gaya MathMedic" ini, anak anda pasti mampu menghafal sifir dengan lancar dalam masa 14 hari sahaja. Malahan flash card yang dihasilkan juga tidak memerlukan sebarang modal untuk menghasilkannya.

Kini anak anda mampu mula menghafal sifir dengan lebih lancar, mudah dan pantas di rumah TANPA perlu menghantar mereka menghadiri sebarang tuisyen dan tanpa sebarang paksaan serta drama air mata lagi.

Bayangkan.. 14 hari daripada sekarang anak-anak anda mampu menghafal sifir dan menguasai Matematik dengan lebih lancar tanpa sebarang masalah. Pasti para guru mereka berasa sangat terkejut melihat perubahan anak-anak anda!

Jom belajar cara menghafal sifir "Gaya MathMedic" yang mampu membantu anak-anak anda menghafal sifir dengan lebih lancar, mudah dan pantas dalam 14 hari sahaja! SILA KLIK DI SINI

Kredit : Abu Munzir | Sukses Niaga | Brojay

5 Aktiviti Menarik Yang Mampu Tarik Minat Anak Hafal Sifir!

Kini anda mampu mencipta persekitaran TERBAIK yang mampu membantu anak anda menghafal sifir dengan lebih mudah & pantas - hanya dalam 14 hari!

Ramai para ibu bapa pada hari ini semakin risau apabila menyedari anak mereka masih gagal menghafal sifir walaupun usianya semakin meningkat. Ini kerana menghafal sifir adalah asas PENTING yang memudahkan mereka menguasai Matematik.

Jika sebelum ini tugas membimbing anak menghafal sifir terletak pada bahu para guru Matematik, pada zaman COVID-19 ini tanggungjawab membimbing tersebut adalah tanggungjawab anda sepenuhnya kerana mereka sentiasa ada di rumah.

Anda perlu melakukan sesuatu untuk memastikan mereka mampu menghafal sifir agar mereka tidak ketinggalan dalam pelajaran.

Untuk mengajar anak menghafal sifir di rumah, anda perlu tahu cara atau teknik yang paling berkesan untuk mendorong mereka mula menghafal sifir tanpa sebarang paksaan mahupun drama air mata.

Tahukah anda, sebenarnya anda boleh memupuk sikap nak menghafal sifir ini dengan lebih mudah jika anda mengetahui cara yang betul mengajar anak anda dan menyediakan persekitaran yang terbaik untuk pembelajaran di rumah dengan melakukan aktiviti yang menarik.

Ini antara 5 aktiviti menarik yang boleh anda lakukan untuk membantu anak anda mula menghafal sifir dan menguasai matematik dengan lebih baik:

#1 - Aktiviti Menggunakan LEGO bricks

Gunakan LEGO bricks untuk membina kumpulan yang sama atau gunakannya untuk membuat susunan. LEGO bricks juga merupakan kaedah terbaik untuk memodelkan kumpulan jika anda menggunakan setiap bonggol yang ada pada bahagian atas brick tersebut sebagai satu unit.

#2 - Aktiviti Permainan Dam Ular

Modenkan kembali permainan lama yang menjadi kegemaran ramai ini dengan versi sifir. Untuk bermain, pemain pertama melempar dadu dan kemudian menggerakkan permainan mereka mengikut ruang yang ditetapkan.

Anak anda mesti menjawab masalah sifir dengan betul. Sekiranya mereka dapat melakukannya dengan betul, mereka akan tetap bertahan pada kedudukan tersebut.

Sekiranya tidak, mereka kembali ke ruangan sebelumnya sehingga mereka dapat menjawab dengan betul. Yang pertama sampai di kepala ular akan menang.

#3 - Aktiviti Menggunakan Domino

Domino adalah alat yang bagus untuk menghasilkan persoalan sifir yang berbilang digit. Ambil dua domino dan gariskan secara mendatar. Ia akan menjadi persoalan matematik yang perlu pelajar selesaikan.

Sebagai contoh, katakanlah satu domino mempunyai 4 dan 2, dan domino kedua mempunyai 1 dan 6. Maka persoalan Matematiknya ialah 42 x 16.

#4 - Aktiviti Permainan Jenga

Gunakan penanda untuk menulis masalah pendaraban pada setiap 54 blok dalam permainan Jenga. Pelajar mula bermain permainan ini dengan mengumpulkan semua blok menjadi menara terlebih dahulu, kemudian mengeluarkan satu blok pada satu masa mengikut giliran.

Objektif permainan adalah untuk membuang blok tanpa meruntuhkan menara. Kelainan dalam versi ini adalah, setiap pelajar perlu berjaya menyelesaikan soalan sifir pada blok yang mereka keluarkan untuk mengambilnya. Jika menara runtuh, pemain dengan blok terbanyak akan menang.

#5 - Aktiviti Membina Menara Dengan Cawan Plastik/Kertas

Mula-mula, tulis masalah pendaraban pada bahagian luar cawan, kemudian tuliskan jawapan di dalam cawan (pada bahagian bawah).

Sekiranya pelajar mendapat jawapan yang betul, mereka boleh mula membina menara.
Setiap kali jawapan yang betul diberikan, mereka akan menambahkan cawan tersebut ke menara yang di bina.

Ini boleh dilakukan secara solo atau dengan rakan-rakan dan keluarga anda.

Memilih cara pembelajaran yang sesuai dan berkesan sangatlah penting. Antara cara yang terbukti berkesan untuk menghafal sifir ini selain cara di atas ialah dengan menggunakan flashcard "Gaya MathMedic" yang diperkenalkan oleh Encik Osman Affan yang telah membantu ramai pelajar menguasai sifir & Matematik dengan lebih mudah dan pantas.

Dengan aktiviti yang menarik, ditambah pula dengan cara pembelajaran yang berkesan seperti flashcard Gaya MathMedic ini, anda pasti berjaya membimbing anak anda menghafal sifir dengan lebih lancar dalam tempoh kurang 14 hari!

Kini masa depan anak anda ada di tangan anda. Inilah langkah pertama yang anda perlukan untuk mengubah mereka menjadi lebih berjaya menguasai Matematik dengan mula menghafal sifir dalam masa yang singkat.

Jom belajar cara menghafal sifir “Gaya MathMedic” yang mampu membantu anak-anak anda menghafal sifir dengan lebih lancar, mudah dan pantas dalam 14 hari sahaja! SILA KLIK DI SINI

Kredit : Abu Munzir | Sukses Niaga | Brojay