Bau badan yang berbau antara halangan untuk kita tampil yakin, lebih-lebih lagi bila kerja yang perlu berjumpa ramai orang.
Bila buat kerja berat pula, badan terus basah dengan peluh walaupun buat baru sekejap.
Badan terus tak selesa sebab melekit, dan berbau nak buat kerja tak boleh fokus.
Pernah kena tegur dengan rakan sekerja, perasaan malu tuhan saja tahu, terus hilang keyakinan.
Pernah juga terdengar rakan sekerja berbisik antara satu sama lain sambil pandang-pandang.
Perasan rakan sekerja seakan menjauh.
Hilang mood nak pergi kerja.
Sebenarnya banyak punca kepada masalah bau badan.
Antaranya sebab berat badan berlebihan, pengambilan ubat-ubatan, dan lain-lain punca lagi.
Cara yang boleh digunakan untuk menghilangkan masalah bau badan adalah terus jumpa doktor untuk mengesan punca sebenar.
Ikhtiar lain boleh melalui penggunaan alat mandian seperti sabun mandi, skrub.
Cari produk yang berasaskan arang buluh aktif.
Antara manfaat arang buluh aktif adalah
1. Merawat Kulit berjerawat
Arang buluh mampu merawat kulit, seperti untuk menangani jerawat.
Sebabnya bahan aktif di dalamnya mampu menarik partikel yang sangat kecil, seperti kotoran, debu, zat kimia, racun dan bakteri ke permukaan kulit, baik dalam bentuk masker maupun pembersih muka.
2. Mengatasi bau badan
Zat aktif arang buluh aktif dapat menyerap bau dan aroma tak sedap, salah satu nya di area ketiak.
Arang aktif juga disebutkan mampu mengendalikan kelembapan area di sekitarnya hingga ke level terkecil.
3. Mengatasi jangkitan penyakit kulit
Arang aktif juga dipercaya boleh mengatasi jangkitan penyakit kulit kerana memiliki bahan antibakteria dengan menyerap fungus dan bakteria berbahaya dari luka.
Salah satu produk Black G iaitu Soap & Scrub Black G adalah berasaskan arang buluh aktif.
Skrub ini juga berasaskan ekstrak kunyit hitam yang anti obesiti membantu mengurangkan masalah bau badan kerana berat berlebihan.
Setiap tahun kita akan menghadapi musim banjir. Kebiasaannya negeri di pantai timur, johor, sabah dan sarawak yang teruk terjejas. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) juga telah mengenal pasti 1,848 kawasan berisiko banjir di seluruh negara. Rujuk disini
Kebiasaannya bila tiba musim banjir kita akan menghadapi masalah seperti;
Masalah bekalan elektrik terputus.
Masalah bekalan air bersih terputus.
Bekalan makanan terputus.
Bantuan penyelamat lambat sampai.
Pusat perpindahan penuh.
Sebenarnya ada banyak lagi masalah yang akan kita hadapi ketika musim banjir. Adalah lebih baik jika kita membuat persediaan awal untuk menghadapi musim tengkujuh.
Pastikan anda sentiasa peka dengan hebahan info banjir dari pihak berkuasa dan dapatkan info terkini dari media sosial seperti Facebook dan lain-lain lagi.
Berikut adalah 10 tips persediaan menghadapi musim banjir
Dapatkan info terkini banjir dikawasan kediaman anda.
Simpan dokumen penting ditempat yang selamat atau letak didalam Tupperware kedap udara agar tidak dibasahi air.
Simpan nombor telefon agensi penyelamat seperti bomba, jabatan pertahanan awam dan polis.
Bawa bersama ubat seperti Panadol atau kit bantuan kecemasan.
Bawa pakaian dan selimut untuk persediaan tinggal dipusat perpindahan banjir.
Bawa makanan dan minuman untuk persediaan sekiranya bantuan lambat tiba.
Bawa powerbank untuk caj handphone.
Bawa lampu suluh.
Tutup semua suis elektrik.
Letak perabot dan peralatan elektrik ditempat yang tinggi.
Pergi ke pusat perpindahan banjir apabila diarahkan dan sebaiknya bergerak pada waktu siang kerana pihak penyelamat akan mudah nampak anda didalam banjir. Jika keadaan buruk, tunggu hingga bantuan penyelamat tiba di tempat yang tinggi.
9/10 daripada orang yang melakukan kesilapan ini terbukti GAGAL turunkan berat badan - malah berat badan mereka semakin bertambah-tambah tanpa disedari!
Setiap orang yang "berisi" mempunyai impian untuk menguruskan berat badan dan kekal fit sama ada untuk tujuan kesihatan mereka atau untuk membuatkan orang selesa mendekati mereka mahupun untuk menjadi lebih yakin dengan penampilan sendiri.
Satu perasaan yang sangat indah jika anda berjumpa dengan orang lain dan mereka mula memuji-muji fizikal anda, mulai senyum pada anda di mana-mana sahaja dan mula memberikan perhatian kepada anda.
Dengan impian dan perasaan hebat ini, anda mula mencari-cari cara terbaik untuk turunkan berat badan di internet. Terdapat macam-macam cara yang boleh dilakukan - ada yang senang, ada yang susah - ada yang murah dan ada yang mahal. Semuanya pilihan anda!
Jika mahu cara paling mudah, anda boleh mulakannya dengan berdiet dan mengawal selera makan anda. Cuma pastinya terlalu banyak dugaan sekeliling yang boleh memusnahkan pelan diet anda dan menjadikan berat badan makin bertambah.
Jika anda mahukan cara biasa, anda boleh mula bersenam sama ada di rumah, di taman-taman mahupun di gym. Tapi ia perlukan disiplin diri yang mantap. Sikap malas dan kurang bermotivasi mampu menghalangnya selain terpaksa tahan sakit akibat workout yang melampau dan terpaksa alami keletihan yang melampau.
Jika mahu cara yang paling mudah, ada banyak pil yang dijual di marketplace online untuk anda turunkan berat badan. Ia memang boleh turunkan berat badan tapi anda terpaksa berulang-alik ke bilik air dan kadangkala ia mampu tingkatkan selera makan anda. Inilah punca kenapa berat badan tiba-tiba bertambah!
Ya, banyak tips yang kita baca di internet tapi tak semestinya tips-tips ini berkesan dan sesuai dengan badan kita. Malah ada juga tips yang diberikan sekadar tips mengarut yang tidak membantu pun untuk turunkan berat badan anda. Inilah antara kesilapan utama yang kita lakukan merosakkan impian untuk turunkan berat badan!
Ini antara 5 kesilapan lain yang turut menyebabkan anda gagal untuk menurunkan berat badan walaupun sudah berusaha mati-matian
Sentiasa timbang berat badan setiap hari untuk lihat perubahan segera dan hilang motivasi bila lihat tiada perubahan. Berat badan anda berbeza setiap hari mengikut jumlah makanan dan minuman yang anda ambil. Timbang berat sekali seminggu untuk lihat hasil sebenar.
Makan terlalu banyak atau terlalu kurang kalori setiap hari. Makan banyak kalori akan menyebabkan anda lebih gemuk dan makan kurang kalori pula menyebabkan jisim otot berkurangan dan ia turut kurangkan tahap metabolisma badan.
Tidak bersenam atau melakukan senaman yang berlebihan. Kurang bersenam menyebabkan anda hilang banyak jisim otot serta kurangkan tahap metabolisma dalam badan anda. Terlebih bersenam pula mampu menyebabkan kecederaan kepada badan anda.
Tidak makan jumlah protein yang mencukupi setiap hari. Protein sangat penting jika anda mahu turunkan berat badan dan jika boleh ambil makanan yang kaya dengan protein setiap hari.
Makan terlalu kerap walaupun perut anda tidak berasa lapar. Pemakanan yang kerap ini secara tak langsung mampu meningkatkan jumlah kalori dalam badan anda dan mampu naikkan berat badan anda.
Sebenarnya untuk turunkan berat badan tidaklah serumit mana. Anda hanya perlu tahu kondisi badan anda sendiri, BMI tubuh badan anda, peratusan lemak dalam badan anda dan seterusnya tahu berapa kalori yang perlu anda dapatkan setiap hari untuk turunkan berat badan.
DAN.. Anda juga perlu tahu cara diet dan workout yang sesuai dengan badan & matlamat anda!
"Nak belajar lebih lanjut tentang cara sebenar yang terbukti berkesan turunkan berat badan anda?"
Ada satu cara TERBAIK yang berjaya membantu rakan saya turunkan berat badan sehingga 25kg dalam masa hanya 5 bulan dan terus kekal fit sehingga hari ini tanpa perlu membayar yuran bulanan gym mahupun membeli sebarang ubat-ubatan yang bakal memudaratkan badan. Semua ini dikongsikan dalam sebuah ebook yang bertajuk "Formula Kurus"
E-book "Formula Kurus" ini pasti dapat membantu anda menguruskan badan dengan lebih mudah, pantas dan berkesan serta terbukti selamat. Ebook yang ditulis oleh Nazreen Nasser ini adalah hasil daripada pengalamannya sendiri kuruskan badan dari kosong sampai mampu turunkan lebih 25kg dalam masa 5 bulan dan terus kekal fit sampai sekarang.
Antara ilmu yang bakal anda pelajari daripada ebook ini ialah:
Teknik MALAS bagaimana anda mampu kuruskan badan dengan lebih bijak, mudah & pantas tanpa sebarang supplement merbahaya.
Penerangan lengkap tentang cara SEBENAR mengira kadar kalori yang badan anda perlukan, BMR (Basal metabolic rate) dan kadar peratusan lemak dalam badan.
5 faktor PENTING yang menjadi penentu dan pendorong kepada keberkesanan penurunan berat badan anda.
Formula diet MUDAH beserta pelan diet 14 hari yang terbukti berkesan menurunkan berat badan anda.
Formula senaman TERBAIK beserta cara senaman dilakukan yang mampu membantu anda membakar lemak dengan lebih cepat & menurunkan berat badan dengan lebih berkesan.
Amalan RAHSIA lengkap untuk kekal cantik & sihat menurut Islam.
Lupakan sahaja apa yang pernah anda belajar dan tahu tentang cara turunkan badan dan mula lihat perubahan berat yang semakin turun secara konsisten serta terus kekal fit setelah anda amalkan ilmu yang dikongsikan dalam ebook ini.
Bayangkanlah betapa banyaknya mata yang akan mula memandang dan mengambil peduli kehadiran anda setelah fizikal anda menjadi lebih fit, sihat dan menawan setelah anda konsisten melakukan apa yang ditunjukkan dalam ebook ini.
Semuanya ditangan anda jika anda benar-benar mahu berubah dan mula turunkan berat badan anda dengan lebih mudah dan berkesan tanpa sebarang kesan sampingan!
Patutlah selama ini keuntungan bisnes saya hanya sedikit walaupun jualan makanan saya sentiasa sold out setiap hari!
Antara faktor kritikal yang menentukan keuntungan sesuatu bisnes adalah dengan penetapan harga yang "betul".
Ada orang kata, untuk dapat untung besar kita kena letak harga yang tinggi berganda-ganda berbanding kos jualan. Tapi hakikatnya, ada ke orang nak beli makanan yang mahal jika target market adalah orang biasa?
Ada memang ada, cuma tak ramai. Di tambah dengan keadaan poket rakyat marhaen seperti kita ini semakin menipis, membeli makanan mahal bukanlah satu pilihan terbaik.
Penyelesaiannya ialah anda perlu letakkan harga yang sesuai untuk makanan yang dijual setelah ditolak dengan kos yang dikeluarkan bagi menyiapkan makanan tersebut. Inilah yang dimaksudkan dengan harga yang "betul".
Jadi, bagaimana caranya formula untuk meletakkan harga yang betul?
Perkara pertama anda perlu tahu adalah berapakah kos yang anda keluarkan untuk siapkan seunit (sebungkus/sebekas) makanan.
Sebagai contoh kos bahan untuk hasilkan 30 kotak Spaghetti Bolognese Daging seperti berikut:
Jadi anggaran untuk sediakan 30 kotak Spaghetti ini ialah sekitar RM50 dan kos sekotak Spaghetti ini pula lebih kurang RM 1.70 (RM50/30)
Untuk menetapkan harga jualan pula, cara mudah ialah dengan darabkan kos sekotak Spaghetti tadi kepada "3" (Kos-kos tersembunyi dan sebagainya)
Harga jualan anda ialah :
RM 1.70 x 3 = RM5.10
Untuk memudahkan anda mengira duit tanpa perlu bawa duit syiling, letakkan sahaja harga RM5 sekotak.
Keuntungan kasar yang bakal anda perolehi ialah:
[Jumlah Jualan 30 Box] - [Kos Bahan]
[RM5 x 30 box] - [RM50] = RM100
Maka keuntungan kasar yang bakal anda perolehi untuk 30 kotak Spaghetti ini adalah sebanyak RM100!
Dan anda boleh pelbagaikan add-on dalam menu seperti tambah meatball dan sebagainya untuk meningkatkan lagi keuntungan jualan anda.
Jadi inilah antara formula terbaik yang boleh anda ikut untuk menetapkan harga makanan. Yang paling penting, ANDA UNTUNG - PEMBELI UNTUNG dan semua orang tersenyum riang!
Nak belajar lebih lanjut tentang bisnes food delivery?
Kini anda boleh menjana keuntungan lumayan yang konsisten setiap bulan hanya dengan menjual produk dropship di Shopee!
Pernahkah anda bayangkan rutin harian sebegini…
Setiap pagi anda bangun, anda melihat banyak order yang masuk di akaun Shopee anda.
Anda hanya perlu memproses order tersebut di laman web pihak dropshipper dan pihak dropshipper akan bungkus serta menghantar order tersebut kepada para pembeli anda.
Dan anda hanya melihat duit masuk selepas pembeli menerima produk yang telah dibeli.
Rutin harian ini berulang-ulang tanpa henti setiap hari malahan order yang anda terima mungkin menjadi lebih kerap dari setiap pagi ke setiap jam ke setiap minit.
Fuh!… Memang indah jika ianya menjadi satu kenyataan!
Ini kerana anda tidak perlu mencipta produk sendiri mahupun memegang stok serta tidak perlu pening kepala memikirkan kos pengiklanan mahupun penghantaran produk.
Semuanya dihujung jari anda tanpa mengorbankan masa dan wang yang banyak.
Inilah rutin harian yang diamalkan oleh pembaca-pembaca ebook eksklusif "Bisnes Shopee" yang telah berjaya menjana minimum 4 angka sebulan dengan menjual produk orang lain di Shopee!
Pada awalnya mereka juga tidak percaya dan ragu-ragu untuk mencuba menjual di Shopee kerana kekangan modal yang semakin terhad di era COVID-19 ini.
Tapi akhirnya mereka kini tersenyum lebar bila melihat rutin harian mereka berubah lebih baik dan jumlah keuntungan semakin hari semakin banyak.
Anda juga boleh melakukannya!
Hanya perlu dapatkan Ebook Panduan Bisnes Shopee sahaja. Klik button dibawah sekarang untuk info selanjutnya.